Monday, 14 February 2022

REWARD FOR KIDS FOR HELPING ME AND BE GOOD 

Kadang-kadang, bila anak banyak membantu and behave, Mokcik akan beli hadiah, balut dan beri kad ucapan. Balut! Penting! So dia akan nampak macam hadiah dan anak akan sangat seronok. Orang tua dapat hadiah pun syiiiookkk... ni kan budak. 

Mereka akan jadi lebih baik dan lebih suka membantu. Sebab rasa dihargai 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W pula: 

تهادُوْا تحابُّوا 

Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”. 

Riwayat al-Bukhari (594), [Lihat: al-Adab al-Mufrad; m/s 306], Hadith Shohih, [Lihat juga Irwa’ al-Ghalil; 6/44] 

Tak susah pun nak gembirakan orang kan

Thursday, 10 February 2022

MOKCIK DAH JERIT TAK DENGAR JUGAK, KITA PAKAI HAILER 🤣

Kembang-kembang hidung yang memang dah kembang ni haaa nak bagi korang dengar & faham

Sedar tak sedar 14 tahun dah Mokcik ni dengan Coway. Bahagianya bila tengok transformasi hidup ramai orang terutama anak muda

Ada mat rempit
Ada main gitar tepi parit
Ada suri rumah
Ada peniaga pasar malam
Ada pegawai bank
Ada agen insurans
Ada pekerja kerajaan
Ada ahli professional

Eh macam2 lah background

Allah, Kau peliharalah mereka semua dunia & akhirat.

Team Leader Recognition, Swiss Garden, Genting Highlang

Wednesday, 12 January 2022

GIVE YOUR BEST, LET ALLAH DO THE REST

 





Dalam buat apa-apa2, I will keep this 👆 words with me. Sebangsa all out dalam segala hal. And, masyaAllah, Alhamdulillah, I never regret practising it. 


Buat terbaik untuk diri sendiri,

Beri yang terbaik untuk orang lain,

Ikut kapasiti sendiri. 

Allah will give His best to you 


Buat ala kadar, kerja lebih kurang, 

Bagi pun yang sisa atau yang kau pun tak nak, 

Berkira.

Jangan tanya la kenapa dapat pun lebih kurang atau ala kadar. Dia pun berkira-kira nak bagi kat kau


Gitu formulanya! Jauh sudut hati kau, kau tahu kau bagi yang terbaik ke tak. Mulut boleh tipu, namun kau sendiri tahu


Heli ride & cruising in Langkawi for all my managers. My way to thank all of them. Ku ada kerna kau ada! Gitttuuuuu.. 


2022 will insyaAllah be another amazing year!

Tuesday, 11 January 2022

PUNYA PANDAI TEKTIK TAK NAK KENA DALAM MEETING, CELEBRATE BIRTHDAY ACIK AWAL2 DULU

 








Perghhh.. tektik koraangggg nak selamat meeting! Sampai 2 kali suprise nye. Punya nak selamat x nak kena 😏😏😏


Awal nauuu celebrate birthday. Terharu naaa.. Soooo sweet of all of u. 


Million thanks, loves & hugs 💋💋💋


Managers ku kekuatan ku


Hello 2022!

Sunday, 9 January 2022

MACAM MANA KITA SAMBUT SESUATU PERKARA, MACAM TU LA PERKARA TU AKAN TINGGAL DALAM HIDUP KITA

 



We do not see things as they are,

We see things as we are 


Contoh:

Dapat nasi lemak bungkus RM1,

Ada orang, perrghhh nasi lemak freeee! Alhamdulillah

Ada orang, nasi lemak jeee? 


Seeee.. benda paling simple. Tak payah contoh yang besar2 lagi 


Jadi, bahagia itu kita tentukan 


Amazing Bahau people. Full of love, full of energy

Mencanak terus semangat hari Isnin 


Thank you guys!

Thursday, 23 December 2021

GIVE UP LAH!

 



Pernah rasa nak give up

Pernah rasa ishh semua buat tak kena

Pernah rasa makin buat makin tak jadi ni

Pernah rasa ishhh sesaknya dunia ni


Siapa pernah rasa sama, meh sep sikit 🙌


Siapa kata berniaga tu senang, meh sini ku lempangggg sekali. 


It is like...Masalah kau sememangnya masalah kau. Plus, masalah orang pun jadi masalah kau juga


Kadang-kadang penatnya sampai dapat tarik nafas dalam-dalam then hembus slowly pun rasa masyaAllah nikmatnya detik berehat ni


So how?


Always remember, selagi kau masih di dunia, kau tetap akan diuji. Tak diuji mcm ni, akan diuji mcm tu. So, you only have 2 options:


1. Give up je lah bende kau buat sekarang. Tapi jangan lupa ada ujian lain pulak yang akan tetap datang

2. Get up. Shower. Dress up and fight whatever come 


So, I always told myself


My dear Aishah Radhiah,


I know you are tired. I know you are physically and emotionally drained. But you have to keep going 


Because... 


Success in life comes when you simply refuse to give up


Dahtu pakai herlok2, put on lipstick.


Jalannnnnn


Biar doniaaaa rasa "ehh perempuan ni takde masalah langsung"


Down? Try this

Thursday, 16 December 2021

NYEMBANG DENGAN PARENTS DAILY

 





Today topic : 5 rahsia amalan harian untuk berjaya & bahagia


However, dalam 5 amalan tu, paling Mokcik perasan perubahannya, bila kita hari-hari menyembang dengan parents. Tak dapat sembang depan-depan, call or video call.


Sembang la ape je. Mengadu walau bende tu remeh temeh. Dieorg akan rasa bahagia bila "anak kecil dieorg wujud balik and sikit-sikit mengadu dekat mak ayah"


Cubalah. Korang akan nampak dieorg senyum bahagia dengar cerita korang. Atau even ada masalah sekalipun, walaupun kita rasa kita ni pandai sangat dah, belajar lagi tinggi, jawatan lagi tinggi, but trust me, advise dieorg tu datang dari YANG MAHA TINGGI & AGUNG yang akan buat korang rasa tenang lepas menyembang


Berbeza tau share masalah dengan bebankan mereka dengan masalah. Please bezakan 😅



Also.... kerapkan say thank you & sorry dalam daily life kita


Dekat anak : "Thank you adik baik hari ni" - dia tiba2 dengan sendirinya akan behave 


Dekat waiter hantarkan makanan : "Thank you bang" - hilang penat orang tu kerja


Dekat orang yang bukakan pintu ofis : "Thank youuuuuuuuu" - seronok dia bukakan pintu kau


Dekat semua orang "Thank youuuuuu!" - bahagia orang bila rasa diri dihargai


See how many smiles come back to you in a day ☺️


Yeaahhh.. Thank you yang mengedit gambar n poster Acik arini 💋


Selamat beramal. Sebarkan jika ia baik

REWARD FOR KIDS FOR HELPING ME AND BE GOOD  Kadang-kadang, bila anak banyak membantu and behave, Mokcik akan beli hadiah, balut dan beri kad...