Monday, 28 June 2021

MAKIN BANYAK BELAJAR, MAKIN RASA TAK PANDAI.

 





MasyaAllah banyaknya ilmu Allah


Sungguh tak sangka boleh menjadi murid kepada Ustazah Nony, yg saya boleh katakan ilmuan yang sangat humble. Mokcik cam dia melalui posting Neelofa sedang belajar tafsir (video tu masih saya simpan n saya sharekan 3 minit disini 😅). Dari situ hati terdetik, detailnya ilmu ustazah ni. Kan bagus kalau dapat belajar dengan dia. 


Ramadhan lepas saya terdetik untuk cari guru untuk belajar tadabbur al-Quran n after some research saya dapati Tabadur Centre sangat berpengalaman dalam bidang ni. Mokcik usha tenaga pengajarnya. MashaAllah, ustazah idamanku salah seorang tenaga pengajarnya.


Dipendekkan cerita, Allah dengar hati saya untuk belajar dengan Ustazah yang mengajar Neelofa dalam video yang saya tengok tu, maka Allah makbulkan. Alhamdulillah. Dia lah Ustazah Nony


Masuk bulan ke 3 saya menuntut. 3 hari seminggu secara peribadi. Dulu physical class sekarang online class. MasyaAllah. Baiknya Allah mengatur segalanya


Harini belajar tentang surah Al-'Alaq. Wahyu pertama Rasulluah terima. Iqra bismirabbika


2 jam belajar dapat 5 ayat. Namun, pengajarannya besar - Ilmu Allah ni terlalu luas. Sifatnya akan menundukkan pemiliknya (jika ilmu itu ilmu yang benar dan baik). Sifatnya akan mengubah karakter seseorang kepada yang lebih baik. Sifatnya membuatkan pemiliknya merasa semakin banyak dipelajari semakin banyak ilmu yang dia tak ketahui


Hebatnya ilmu. Ia, milik mutlak Allah

Sunday, 27 June 2021

SEMBANG PETANG DENGAN IDOLAKU

 




Dato Sri Siti Nurhaliza


Kenapa dia menjadi idolaku?


Artis paling popular Malaysia. Rasanya tak ada yang tak kenal nama Siti Nurhaliza. Namun, she is too humble. Pandai bawa diri. Penuh karisma. 


Sembang apa?


Life, anak, keluarga


What I learn from this conversation, Tokti tahu ape dia buat, patut buat, akan buat. Dia ada caranya tersendiri


Simple yet memorable moment


Sembang petang untuk tambah pengalaman, ilmu. InsyaAllah


I just love u. Berkenalan dunia & akhirat. InsyaAllah

Friday, 25 June 2021

Tukar Casing ke kak?


 Sehari tah berapa kali pergi dapur

Belum tambah yang food grab tolong masakkan


Konsistant nohhh hangg menabung lemak. Demi masa depan ke kak 🤣

5 TINDAKAN UNTUK JADI KAYA




Dikumpulkan dari pembacaan & korekan ilmu, so Mokcik pilih 5 ini jadi perkara utama


Dah tentu, orang yang bersedekah tak akan miskin. Ini yang pasti kerana ini janji Allah


Sebab, tidak akan bertemu sedekah & musibah pada hari yang sama



Semoga bermanfaat ❤️

CPD HOURS






Alhamdulillah. When I miss my people, this Campus Mini One Team helps me alot..


Sejam berceloteh, hilang tekanan perasaan rasanya. Atau mungkin ditransferkan kat depa yang mendengar. 295 orang. Sorang sikit ambil, tak la berat sangat kan 🤣🤣


Anyhow, I just love them so much. Walaupun jauh, ku tahu mereka ada ❤️❤️


Jumaat. Full day of classes, meeting & training seawal 7am


Bekalan jajan pun tak nak kalah 🤣 Bila otak ni ligat, mulut semakin ligat juga mengunyah 🥴🥴


Sat lagi Mokcik sharekan 5 tindakan untuk orang yang nak kaya. Mahu?


Happy Friday guys

Sunday, 20 June 2021

MY BIG WHY

 



I just want to make him proud 


Waktu kami kecil, dalam adik beradik Abah, 


Semua drive luxury imported cars, kecuali Abah.

Semua tinggal KL. Kecuali abah

Semua belajar luar negara. Kecuali abah 


Dan sejak kecil juga, niatku 


"Abah, abah akan drive Merc one day"

"Aku akan bawa Abah tengok dunia luar"

"Aku akan buat Abah bangga"

-my promise 


Pertengahannya, berjiwa remaja. I made so many wrong steps. I made him down. I made him in tears. I made him dissapointed. Aku tahu, kalau aku bukan anaknya, dia akan membenci. But I am his daughter. Dia buang kemarahan dan tatang aku semula 


Therefore, my BIG WHY get clearer. 


I will replace the tear with smile

The dissapointed with proud

Aku akan tatang dia setingginya 


Abah, kuberi Merc, BMW, sport cars or apa sahaja kereta. Dia kata "viva je senang". 


Ku belikan kasut Ferragamo. Dia bawak berkebun

Aku: Abbbaaahhhh!!!!! Maiggadddd. Tu kasut mahallll

Abah: Tak pe lah. Mana lagi nak pergi 


Tu lah Abah. So cool 


But, he loves travel tooooo. Dia sangat menghayati bila travel ni. Macam anak dia 😊 


Stay young Abah. Jika Allah izinkan, dunia kita kelilingi 


Love, dunia akhirat

Saturday, 19 June 2021

Manusia terlalu memperbesarkan musibah / ujian sehingga melupakan banyaknya nikmat




Bila ada ujian, kita selalu memperbesarkan, merungut, marah, sedih, sampai macam tak ada dah lah nikmat yang kita ada


Sama lah kalau seseorang buat silap dekat kita. Lupa dah sejuta kebaikan dia



Masa untuk ubah. Sentiasa fikirkan nikmat Allah atau kebaikan seseorang tu bila hadapi benda tak best. Paksa diri cari kebaikan & nikmat. Bandingkan dengan musibah tu. Pastu tanya "patut ke aku merungut?"


Kalau rasa tak patut, tampaaqqq diri sendiri


Kalau rasa ehh patut la aku merungut. Please la cakap "Allah, xpe, kau tarik ujian ni, gantikan xyah bagi mata aku berkelip. 1 ganti dengan 1"


Ce try tengok mata cane xdapat kelip


Firaun tak Firaun

Wednesday, 16 June 2021

CARA MOKCIK JAGA AURA DIRI

 



As a leader, setiap hari akan terima challenge, or orang mengadu, or orang down or perkara2 rumit. Kalau Mokcik x kuatkan diri, dengan hakuuu sekali ikut down. Punah la orang yang jumpa Mokcik next tu 😂


Therefore I need to take care my energy. Here are somethings I will make sure


Tapi.. HAKIKATNYA, semuanya dari Allah. Cuma, kita bolehlah berusaha


❤️💋

Monday, 14 June 2021

PAKAR DALAM BIDANG

 






One of next MIHARA project


With the best architect & project manager in town Mr Hazriq & Mr Eddie


Dieorg ni work so professional & fast. Hazrieq can draw apa yang dalam kepala Mokcik ni dibawakan ke dalam kertas n di sombongkan lagi designnye less in an hour. Gilaaa lahhh!


From this meeting Mokcik belajar:

1. We have to be really expert in what we do. Baru kita dapat menguasai apa kita buat. 


2. Dia sangat tak gebang. Sembang pun x lebat. Mula2 sesi perkenalan kami tak confident pun. Tapi dah bekerjasama, MasyaAllah ilmu dia. Betullah kata pepatah,


YANG DIAM ITU UBI BERISI

YANG BISING ITU TIN KOSONG


3.  I believe untuk sampai ke tahap expert ni, dia mesti dah face too many failure. Banyak design rejected. Kena maki dengan client and so on. Therefore he can be here. Sangat tenang dengar my request dan dengan tenangnya juga keluarkan on paper


Alhamdulillah Allah perkenalkan kami dengan mereka


They will responsible on our next 2 projects insyaAllah

Saturday, 12 June 2021

PKP BUSINESS TALK WITH COWAY

 








Done sesi sejam setengah bersama 150 keluarga baru Coway


Mereka dari pelbagai background dan pendapat. Rata-rata kehilangan sumber pendapatan atau terjejas ekonomi. Namun mereka ada 1 persamaan - untuk memperbaiki kualiti kehidupan


Alhamdulillah, kami di Coway kurang terjejas ketika PKP kerana kami masih boleh mengambil order secara onlina dan penghantaran penapis udara ( yang kini terlalu tinggi demand kerana Covid ni ) berjalan lancar


Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Semoga dapat memberi manfaat pada lebih ramai lagi yang terjejas. 


Kami tak menjanjikan apa2. Kami membimbing terbaik semampu kami, selebihnya usaha mereka juga. InsyaAllah, kita sama2 ubah kualiti kehidupan kita dan orang sekeliling


Jika u, u and uuuu atau kenalan anda terjejas pendapatan dimusim PKP dan rasa nak belajar berniaga Coway, u know how to find me 😊 sy bimbing terbaik semampu saya insyaAllah


Thank you team for the superb support. U know I looovvveee u ❤️❤️❤️

Friday, 11 June 2021

Rajin tapi tak ada hasil @ tak kaya. Kenapa?



Orang yang kaya pastinya orang itu rajin. Walaupun dia waris harta yang banyak, tapi malas, berjoli, kekayaan tu tak akan kekal


Namun, ada orang rajin habis dah. Tapi tak nampak hasilnya


Adakah Allah tu tak adil? NOOOOOOO! ALLAH SANGAT ADIL.


Longkang rezeki kauu yang tersumbat. 1 je sebabnya. HUBUNGAN kau ada masalah.


Hubungan dekat 4 tempat:


1. PENCIPTA


Kau nak macam2. Tapi kau ingkar dengan DIA yang bagi kau macam2 tu. Kalau kau, orang buat yang kau tak suka, tinggalkan apa yang kau minta buat, kau nak layan tak?


Kau jaga hak DIA. DIA tak berkira bagi apa sahaja yang kau minta juga yang kau tak sangka2


Jaga Dia. Blockage kau clear


2. PARENTS


Kau rajin gila. Tapi kau lupa untuk bahagiakan parents kau. Lagi teruk kalau derhaka. Kauuuu nak pergi mana?


Ingat, bukan sahaja buat baik pada ibu bapa. Tapi, MANJAKAN MEREKA. TIMANG MEREKA. TATANG MEREKA.


Tips: bagi bunga pada mak ayah. Send hadiah @ suprise sesekali. Cium peluk mak ayah. Dah lama tak buat? Malu? Hoiiiii!!! Jangan minta kaya kalau cium mak ayah pun malu


Macam mana kau buat awek @ boyfried, gitu juga lah layan ibu bapa. Kau tengok rezki mencurah mcm mana


Buat mereka bahagia. Clear longkang kau


3. SUAMI / ISTERI


Ada orang dengan kawan punya la baik, suka menolong, cakap lemah lembut, berhias. Dengan pasangan.. maaaiiggaddddd


Cakap pun nak taknak je. Tolong memang tak la. Communication kurang. Appreciation tak ada. Senyum jarang2. Pegang tangan tak pernah dah


Bahagiakan mereka. Bersih longkang kau


4. ADIK BERADIK. RAKAN SEKERJA. JIRAN. KAWAN


Senang cerita, semua orang. Jangan ada masalah dengan seorang pun. Setiap kali ada selisih faham, cepat2 clearkan dan minta maaf je. 


Ada orang, dengan adik beradik gaduh, rakan sekerja gaduh, bos atau orang bawahan gaduh, jiran gaduh, sedara gaduh


Kerja pagi balik petang pastu mengeluh rezki ni susah. Kau ingat kau dewa langit? Kau mati tak jalan sendiri pergi kubur tau. Jangan sombong. Jangan minta orang sembah kau untuk minta maaf. 


Kau permudahkan urusan orang, urusan kau DIA permudahkan


Kau susahkan urusan orang, kau nak urusan kau dipermudahkan? Kirim salammm Jemahhh


Sentiasa beralah, minta maaf dan jaga silaturahim bukan menunjukkan kau lemah atau  si dia tu menang. Tapi sebab kau nak jaga longkang rezeki kau. Pegang kuat ni. "Tak kisah la sape salah. Yang penting longkang ak clear"


..............................................................


Jadi, bila dah rajin tapi tak ada hasil, check la hubungan ya. Repair cepat.


Sebab, longkang yang bersih apa yang masuk, itu juga lah yang keluar


❤️

Mokcik

Thursday, 10 June 2021

SUCCESS OCCURS WHEN YOUR DREAMS GET BIGGER THAN YOUR EXCUSES





Day 1 PKP dulu acik set target 700 key dlm 14 hari ni. We manage to hit it on 10th day. Alhamdulullah. Now we revise to 1500 key


Dekat mana Mokcik tampal PKP GOALS ni? Dekat cermin besar dalam wardrobe area. Sebab sini yang acik dok pandang hari2.


The other goals, are daily goals which setiap hari paksa diri untuk buat


Bila buat goal kena

✅MINTA ALLAH PERMUDAHKAN & JAFIKAN IA IBADAT

✅TULIS

✅TAMPAL DEKAT TEMPAT SELALU KITA TENGOK - cth : stereng kereta, cermin solek, cermin bilik air.



Its ok dekat stage mana pun kita sekarang. Kau kuat? Kau lemah? Kau tgh up? Kau tgh down? Its ok. Sebab semua tu tertulis dah. Ada pembelajaran disitu


Cuma. IT IS NOT OK kalau kau biarkan je tanpa start ambil tindakan hari ni. Asyik mengeluh. Hoiiii! Allah tak ubah nasib sesuatu kaum selagi dia tak ubah nasibnya sendiri. Faham?


Make a step sayangggggg


❤️

Lelaki sakit VS Perempuan sakit




Belum masuk bab cari barang lagi


Mokcik peratiiiiiiiii je 😏😏😏

Tuesday, 8 June 2021

Dear Aishah Radhiah



 Dear Aishah Radhiah,


Jangan dipuja yang berharta berpengaruh,

Jangan dihina yang susah miskin.


Belum tentu disini kau mulai, disana kau mulia


Belum tentu disini kau hina, disana kau hina


Hargai sekecil apapun sesuatu atau seseorang. Kau pasti bahagia


Love,

Aishah Radhiah

Monday, 7 June 2021

PEMBELAJARAN TODAY : MASA TAK BOLEH DIPATAH BALIK








                                                                                                Done CPD training dengan kesayanganku semua


Jika physical, mungkin semangat macam dalam video tu la yang keluar. Yeaahhh 💪💪


Awalnya cuba cari filter, tapi try try filter yang lain sementara tunggu semua masuk meeting


Things happend, lepas pilih Joker, I cannot change back to normal. Maigggadddddd


Jadi, kauuuu hadap la meeting sejam dengan Joker muslimah kerana tak nak susahkan participant yang dah 200++ waktu tu untuk keluar n masuk balik chanel baru


Moga ada hikmahnya. 


Behave lepas ni dalam meeting. Tangan jangan gatal. Masa tak boleh patah balik Aishah Radhiah


Ampuunnnn Bos2. Acik bukan tak serius. Acik salah step 🙏


I just looooovvvveeee my this little family Mini One Team ❤️💋

Sunday, 6 June 2021

BAHAGIA CARA PALING BAHAGIA

 






Pepagi dah buat aiskrim. 3rd time restock aiskrim Malaysia sepanjang BARU 5 hari PKP 🥴🥴


Buat untuk anak2. Tapi macam papanye je yang manjang buka peti ais. Acik peratiiii je ni


Anyway, small little effort with very minimal cost can bring brightful smile. Itulah bahagia


Tak susah nak buat orang lain bahagia. Kita je pilih nak buat ke tak


Cuma, manusia ni selalu fikir macam mana nak bahagiakan diri sendiri dulu. Jarang fikir macam mana nak bahagiakan orang


Lambatttttt


Bahagiakan orang dulu setiap hari. Kau akan bahagia setiap detik


Hati kan Allah punya 


InsyaAllah


❤️

Saturday, 5 June 2021

MANANGERS KU, KEKUATAN KU






1 thing I like the most about them is dieorg ni sekali seru je "meeettiinnngggg", semua on. SEMUA tau. Takde sorang pun yang tak


Kalau meeting dunia maya ni. Mungkin la tak menghairankan.Tadah muka je dekat depan device kan.. tapi I still respect them. Sebab, bila acik ni teragak nak meeting je, weekdays ke weeknd ke. Xde short notice. Jam2 tu jugak meeting. Yet, mereka obey je


Physical meeting lagi la. Mereka dari seluruh Malaysia tau. Bukan 1 negeri. Dan style Mokcik meeting, bukan dekat ofis. Ikut suka hati waa mau meeting dekat mana. Penang, cameron, KL, melaka, genting, PD.. mana2 je la. Acik sebut, dieorang pasti datang


I strongly believe, they are my real backbones


Kukuhnya sesuatu empayar tu bukan kerana kuatnya kudrat mereka, tapi kuatnya mereka berpegang teguh satu sama lain


I just looovvveeeee them. Thank you koraangggg ❤️💋


Jom bagitahu team korang betapa pentingnya merek buat korang 💪


Ku tak punya device yang canggih2 untuk meeting. Handphone tu la tempat segalanya. Notes, kerja, meeting, contacts, email, Slides, documents


Jadi la kannn 😅


Happy weekend yang berhasil guys 💋

Friday, 4 June 2021

AKU MEMANG MATERIALISTIC. TAPI AKU KEBAL MATI KE




Impian nak hidup kaya ni bukan mai setahun dua atau 5-10 tahun lepas. Kegilaan Mokcik nak jadi super kaya ni dari kecil 


Rumah besar, banyak, kereta mewah penuh dekat garaj, ada private jet, private island, dalam rumah ada wayang. Ada heli. Ni la impian sejak kecil. Hah! Bukan kaya kaleng2 kan impian Mokcik 


ALLAH BAGI APA KITA MINTA. Kena yakin tu seyakinnya. Dapat. InsyaAllah 


Cuma, bila kita ada segalanya, Mokcik belajar 2 perkara 


1) KASIH SAYANG TU LA PALING MAHAL 


Kau boleh makan di restaurant paling mahal pun, tapi makanan air tangan orang-orang yang sayang kauu juga sangat best 


Kau boleh pergi keliling satu dunia, tapi balik rumah mak, sembang dengan parents, duduk rumah guling dengan anak2 juga yang boleh buat hati kau rasa bahagia 


Kau dipuja, disanjung ramai orang. Tapi sebenarnya kadang2 kau makan sorang2 juga 


Kau boleh beli barang branded banyak mana pun, tapi masa kau yang kau sibuk sangat sampai tak boleh spend dengan orang2 kau sayang tu tetap kau tak boleh beli. Kau ada swimming pool pun, kalau tak PKP kau pun tak sempat nak celup kaki dalam tu 


2. KEKAYAAN, HARTA BENDA, KEMASYURAN TAK BOLEH KEKALKAN KAU 


Kau tetap tua. Kulit tetap semakin berkedut 


Kau tak kebal kematian. Kau tetap mati dan tinggalkan semua tu 


Kau tak sure ade ke tak bekal kau boleh bawak pergi ke alam seterusnya walaupun dekat dunia kau ada semuanya 


Itu lah nafsu dan dunia. 


Jadilah kita orang yang berpesan2 kepada kebaikan dan dengan kesabaran supaya kita tak termasuk orang yang nampak untung hakikatnya rugi 


Love ❤❤❤❤

REWARD FOR KIDS FOR HELPING ME AND BE GOOD  Kadang-kadang, bila anak banyak membantu and behave, Mokcik akan beli hadiah, balut dan beri kad...