Seorang lelaki beli tembikai merah, bila dibuka dan dimakan tembikai tu, lelaki tersebut berasa sangat marah, lalu dia ke kedai yang menjual tembikai itu semula
Lelaki : tembikai yang kau jual ni tak manis. Aku nak beli tembikai yang manis. Menyesal aku beli. Aku tak akan beli kalau aku tahu tak manis
Pekedai : aku juga nak jual tembikai yang manis. Menysal aku ambil dari PEMBORONG. Aku tak akan ambil kalau aku tau tak manis
Pemborong : aku juga mahu borong tembikai yang manis. Menyesal ak ambil dari PETANI. Aku tak akan borong kalau aku tau tak manis
Petani : aku juga mahu tanam tembikai yang manis. Aku gunakan benih yang sama, baja yang sama, penjagaan yang sama, cuma kali ini aku diuji yang aku sendiri tak tahu tembikai yang aku jual tak manis. Sedangkan aku berusaha dan berharap agar setiap tembikai ku manis. Adakah kalian nak marahkan TUHAN yang jadikan ia tak manis?
Semua tak tahu betapa bersusah payahnya petani itu bertani. Berpanas berhujan berkeringat.
Dalam ramai2 petani, kenapa petani itu yang tembikainya kali ini tak manis. Dalam ramai pemborong, kenapa pemborong itu yang memborong, dalam ramai2 pekedai kenapa pekedai itu, dalam ramai2 lelaki kenapa lelaki itu.
Bukankah semua itu aturanNya?
Pengajarannya :
Samalah situasi pandemik ini
Pekerja salahkan majikan kehilangan kerja,
Majikan salahkan pemimpian kehilangan perniagaan,
Pemimpin mampukah salahkan Tuhan atas ujian ni?
Adakah ini salah Tuhan yang mendatangkan wabak ini? Atau salah kita sendiri selalu ingkar. SOP sahaja kita tak mampu patuh, inikan pula hukum yang lain. Saya yakin dan pasti 90% Malaysian pernah langgar SOP walaupun atas perkara kecil. Kita sahaja tak mampu patuh, kita mahukan hasil yang baik? Kau tengah mimpi ni. Bangun. Basuh muka
Stop blaming. Start appreciating
Ini ujian buat semua. Sabarlah
Sebarkanlah agar semua tenang
#bukankakikerajaan
#cumamahurasional