Sunday, 31 October 2021

THE SWEET-ER-EST ABAH

 




Mokcik baru nak berMonday blues.. Abah dah bagi suntikan semangat. Tolong tampalkan roadtax kereta sebelum pergi kerja. Auuchhh sooo sweet la Abah ni. 


Betul kau dah besar, kau dah ada semuanya, kau boleh buat sendiri, decision kau mungkin lebih betul dan padu. However, beri peluang pada orang sekeliling kau berbakti pada kau, buat dia senang dengan izinkan dia gembirakan kau. Ni semuaaaa kau je yang nak hebat.. nak kena dengar cakap kau je. Follow kau jee.. kawan, give chance. Let everyone happy for u to be happy


Punya nak tampal sampai lurus tu haaaa.. tq Abah 💋


Jadi, semangat berkobar2 hari ni ke office with his smile & bless. 


Sampai office, dengan penuh bersemangat baru direction and jalan kerja kepada yang baru kenal Coway. 


"Saya duduk kampung, tak sihat sangat, boleh ke kak nak RM10,000. Saya nak beli rumah & kereta untuk mak"


Boleh. Tapi kau kene minta dekat  Allah dulu. Then : 

1. Boleh belajar, boleh diajar, boleh ditegur

2. Buat & submit task

3. Trust me!!!


"Boleh kak"


Then. All the best. InsyaAllah


❤️


Aahhhh indahnya hidup hari Isnin 


Senang kannn nak jadi manusia bermanfaat. Sehari rasa macam jalan atas angin. 


Alhamdulillah. Terima kasih Allah yang Maha Baik

Friday, 29 October 2021

SEMINGGU YANG PADAT

 







Start Sabtu lepas til today, padat sungguh. Invitation, workshop, meeting & personal sharing. Alhamdulillah. Ku gagahi penuhi semua walau ukur lilit perut membiak pesat 🥱🥱


Sampai rasa kembang2 hidung bila bercakap dah dek hongeh a.k.a mengah 😆


Pemerhatianku,


Ada orang selepas setiap ilmu dia dapat, boleh nampak perubahannya. Namun, ada orang, belajar kemain rajin namun, pergi kelas, join seminar, panggil coaching, menuntut dewa dewi, tapi camttuuu la jugak dia 


Pesanku, dalam setiap sesi ilmu yang kita dah invest masa kita, ambil lah amalan yang paling ringan dari semua ilmu yang dapat tu untuk dijadikan amalan darah daging. Jangan terus nak berubah drastik. Ambil yang paling mudah, paling ringan yang kau boleh carry setiap hari dan buat!! Sampai jadi darah daging. InsyaAllah kau akan nampak perubahan hidup kau saban tahun


Jangan waktu dengar kau semangat mengalahkan dewa, esok bangun tidur kau buat rutin kehidupan biasa. Jenuhhh bohhh


Dan kebiasaan paling selalu, jenis ni suka blame sana, blame sini. Tapi sembang dah buat segala bagai. Alasan pulak, sejuta satu. Spesis ni, bagi minum air nila la helokk. Kasi jadi biru. Mungkin boleh maju

Wednesday, 27 October 2021

DULU PENERIMA ZAKAT, KINI PENYUMBANG ZAKAT YANG BANYAK

 


Having us time spa after 3 days workshop dengan a young successful 29 y/o lovely mother and leader, Izzaty Syakilla. MasyaAllah


Sejak kecil sampai besar, dia dan keluarga merupakan penerima zakat. Therefore bila berjaya, this amazing girl every month benda 1st dia akan buat is bayar zakat 1.5kali ganda dari sepatutnya dia bayar. 


"Saya tahu boss perasaannya terima zakat. Saya memang bertekad jadi orang yang memberi balik" 


MasyaAllah


What is so beautiful in Coway is I have chance to meet and see this growing process. Lahir dari keluarga yang susah, hidup di bandar yang sangat mencabar, namun dia n suami sangat patuh, merendah diri, kerja kuat dan penyayang. They are always positive dan terlalu banyak bersyukur. Tak pernah mengeluh apetah lagi mengata hal orang.


She is now T20 Malaysia yet super humble


Bila saya dengar dia sekarang sedang belajar mengaji seminggu 3 kali bermula Iqra, Allahuakbar. 


Semakin besar nikmat dunia yang kau dapat, semakin kuat kau mencari Pencipta, semakin merendah hati kau dan semakin banyak kau memberi manfaat. MasyaAllah


Semoga kita bersahabat di dunia juga akhirat

Tuesday, 26 October 2021

my attitude is depends on your behavior

 



Ramai kata "my attitude is depends on your behavior"

Euwww.. sooo outdated. Sooo tak hot

Jadi lah orang hebat yang sentiasa berusaha bersikap baik walau pada orang yang buat tak baik dekat kau.

Itu baru luar biasa hebat

Non muslims tak baca Quran & hadith. Yang mereka baca adalah dirimu. Maka, jadilah cerminan yang baik

❤️

Monday, 18 October 2021

ISLAM ITU SEPATUTNYA HEBAT DAN TINGGI KEDUDUKANNYA

 


Lepas posting encik suami regarding sending our 3 kids to asrama tahfiz, ramai pm Mokcik


It is a very tough decision. They are so young (11, 9 & 7 y/o). Ramai sekeliling kami kurang bersetuju tindakan kami. Coz they are still so young. Saya faham and I feel the same too. The pain is too much. Ku mohon support dan doa kalian 😔😭


Kami ambil kesempatan ketika pandemik ni sistem pembelajaran tengah tak stabil, kids do not have proper learning in these 2 years, therefore kami ambil keputusan, this is the right time. Dengan sistem & rekod tahfiz As-Salihin ni, they will be here max 3 years insyaAllah. 


Then kami plan untuk catch up semula akademik. Mungkin tak tertinggal banyak coz everyone also adapting new norm education yang semua student yang same age might not be in same level of education dalam keadaan sekarang. 


With Quran dalam diri mereka as self-shield, kami akan cuba lorongkan anak2 kami menjadi insan hebat dunia. Mungkin pakar bedah terulung, atau manusia terkaya dunia, atau pemimpin dengan Al-Quran, supaya boleh membela agama ini. Tidaklah Islam dengan mudahnya ditindas. Mungkin mereka boleh sediakan free education, free medication untuk umat Islam yang memerlukan seluruh dunia. Or even can pay Israel for Palestine's freedom. Bina empangan bagi air bersih umat Islam di negara yang ditindas. InsyaAllah


ISLAM SHOULD BE THIS STRONG AND POWERFUL if we have many strikers


Doaku agar apa kami korbankan ini berhasil dan menjadi ikutan agar lebih ramai umat Islam hebat berjaya dunia akhirat agar Islam itu kuat. Tidak mudah ditindas.


Dunia sekarang tak mudah. Gadgets, hiburan, dan hidup anak kami yang mewah buat kami perlu tekad yang kuat untuk pengorbanan ni. It is super tough. Extremely tough


Jihad kami. Kami pohon doa semua

Thursday, 14 October 2021

SCHEDULE. PRIORITY. HAK

 



Topic hari ni sebab ramaiiii tanya "macam mana manage waktu dengan anak, family & kerja"


Hamboo pun berguru untuk manage waktu. Dulu huru hara juga


Paling penting kau kena 

1. Ada EFFECTIVE SCHEDULE

2. Tahu PRIORITY

3. Tunaikan HAK


Macam mana nak ada efective schedule?

1. Prepare jadual

    - supaya hidup lebih teratur

    - tahu apa nak buat

    - tak miss out things

    - boleh manage masa

    - lebih displin


2. Fokus & respect the schedule


Kau dah buat schedule. Kau kene respect. Follow time. Jgn ikut suka kau je. Dan, elakkan distraction. Handphone, bersembang.


Ini yang buat membezakan orang berjaya dengan tak. Distraction ni. Ramai orang dah ada schedule dah. Contohnya pergi bekerja pukul sekian sampai sekian. Tapi dlm tempoh tu, kau scroll soc media, kau membawang, kau mengeteh. Dah tu tanya "ehhh kenapa ak buat xde hasil eh" akuuuuu lempang kang ha!


3. Bangun awal


If u wake up late, u miss half of your day, you miss half of the world


Bangun awal boleh buat ko tenang jalani schedule ko and dpt completekan schedule awesomely. InsyaAllah


Ni bangun pkul 11 kau berangan nak hebat? Lalalalalala. (Skolahkan kang emo 😜)


4. Set dateline


Supaya kau tak leweh buat sesuatu tu. Lagi dekat dengan dateline, lagi bersungguh selalunya kita. So, perkecilkan jangka dateline supaya kita lebih efective


Dateline sebulan dengan dateline seminggu banyak beza bohhh


5. Result prediction


Expect kan apa result yang kau akan dapat.


Contoh :

 3 jam buat cookies dapat 10 balang

1 jam buat posting dapat tegur 30 irg, 10 leads baru


 (kalau kau x nyembang, main phone n segala bagai)


❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️


Lepas kau ada schedule, pastikan schedule kau tu menekankan mana yg priority & important. 


Sebab, priority ni sangat penting supaya kau tak


NAMPAK BZ, TAPI TAKDE HASIL


Selalu kita rasa.. "sibuknyeee lah aku ni, tapi end up tak nampak hasil pun atau lagi teruk ada lah. 


So kau kena :

1. Check semula priority. Penting ke x penting bende kau buat selama ni

2. Check jadual.

3. Ketepatan dan kefokusan kau dekat jadual

4. Buat sesuatu dengan ilmu. Kalau tak berhasil, cari dan belajar dengan orang yang berhasil. Jangan bodoh sombong

5. Repair & do correction - jangan follow jalan yang salah bertahun2



Lasssssttt sekali. Kau dah ada schedule, dah identify priority


Paling penting, JAGA HAK MEREKA YANG BERPAUT DEKAT KAU


setiap kita ada yang berpaut dekat kita. Staff ke, teammate ke, family ke, anak2 ke. Pastikan hak mereka terjaga. 


Jangan kau menghilang sesukahati, bertanggungjawab - tak bertanggungjawab sesukahati, feed - tak feed sesukahati


Ada hak yang kau kena jaga


Its ok kau nak break. Pastikan mereka yang berpaut tu ada tempat berpaut sementara


Jangan biarkan mereka hanyut. Sebab setiap kita ni adalah dahan yang akarnya ada benda lain berpaut. Kalau kau terus tarik dahan tu.. hanyut la yg tengah berpaut tu. Therefore ko kene ada backup dahan untuk yg berpaut tu berpaut sementara 


Faham ke faham ni?!

Tuesday, 12 October 2021

MANUSIA SUSAH BERJAYA DAN BAHAGIA BILA KAU




❌❌ 1. Tak bersyukur ❌❌


Selalu merungut. Ini salah, itu salah. Kenapa macam ni, kenapa macam tu. Tanpa tengok betapanya banyak nikmat dah ada dekat diri kau nak dibandingkan dengan kekurangan tu 


Sebenarnya Mokcik cakap ni untuk diri Mokcik juga. Semalam menyembang dengan sisturss.. "rasa nak jadi housewife la. Berhenti kerja, duduk rumah jaga anak yang sedang membesar. Kerja sekarang tak berat, tapi otak penat and busy nye tu 24hours rasanya kena serve orang. Kadang2 kesian kids tengah growing up ni. Tak dapat attention especially bila dah penat atau tengah banyak kerja. Dah la keluar kerja pagi sampai malam, balik penat dah tak dapat layan dieorg." 


Mokcik mengeluh dilema mak-mak 


However my good sisturss made me realise betapa ramainya orang kat luar sana yang mendambakan kehidupan aku ni. Allhuakbar. Tak bersyukurnya aku. 


Dan... bila kita merungut, what I notice badan immediately rasa penat berganda2 sedangkan kalau kita bersyukur, immediately juga kita rasa lapang dan bahagia. Alhamdulillah. Maafkan aku ya Allah 


❌❌ 2. Suka mengkritik. Suka kecam bahasa zaman laa ni  ❌❌


Orang buat tu, salah. Orang buat ni, salah

Kau? Hebat, terbilang, gemilang 


Kadang2 jadi pelik, dapat ape eh kecam orang? 


Pastu bersungut kenapa kehidupan makin struggle 


Kak Nom jangan asyik kecam je. Contoh, "untung laaa bercuti hotel mewah, orang lain anak nak susu pun tak dapat" 


Kak Nom, pekerja hotel mewah tu pun ada anak yang nak minum susu tau. Dah lama hotel tutup 


Kak Nom kecam2 ni, kak Nom ke yang tak dapat bagi anak minum susu? Ke Kak Nom nak tolong orang tu bagi susu tapi kak Nom tak mampu lagi?  


Meh Kak Nom buat Coway 


"Ehh, Kak Nom tak pandai laaa nak jual2 dekat orang ni" 


Kak Nom, yang jual tudung, baju, kosmetik, ada kedai makan, doktor, lawyer, pelanggannya penyu ke? Kak Nom jangan risau, Kak Nom buat apa pun tuhan akan bagi rezki 


Kak Nom banyak sangat buang masa ni mengecam orang dari pagi sampai malam. Saya tak marah kalau orang tu susah. Itu ketentuan untuk dia. Tak ada siapa nak hidup susah. Mungkin belum waktunya lagi dia berjaya. Soon insyaAllah. Tapi menjengkelkan kalau Kak Nom asyik mengkritik tapi Kak Nom pun tak membantu. 


Moh buat benda berhasil sikit meh. Coway tu contoh je. Banyak sangat benda lain yang berfaedah. Saya bagi contoh Coway sebab kalau Kak Nom boleh gerakkan jari atau mulut mengkritik, Kak Nom pun boleh gerakkan jari atau mulut buat Coway. Sebab orang yang lumpuh pun berjaya buat Coway ni. Bukan depa gi pasang, gi servis semua. 


Boleh kak Nom? 


Mohh semua kita bersyukur & berhenti mengkritik. InsyaAllah semakin maju la kemasyarakatan kita 


Confident walaupun kauuu selfie muka dah lebar pinggan 💪🏿 


Baru 4 bulan dah naik 10kilo. Kau nak hadap camne lagi 5 bulan? 😆😖


Rajinnya baca ibu hamil membebel 😂 tahniah!

Monday, 11 October 2021

HAPPY BIRTHDAY MY 1ST EDITION

 



Theres this boy who holds my heart. He calls me Mama 


Grow up well. Be wise. Be humble. Be succesfull. Be good. 


Paling utama, jadi hambaNya yang taat


❤️

Mama

Wednesday, 6 October 2021

AMAZING BUFFET BREAKFAST

 




Dasyat bohh. Breakfast dah unlimited lobster & steak. And apa sahaja makanan (hyperbola tak 🤣 but I can say aloootttt of choices)


Alhamdulillah


We really need this vacation sebab tak lama lagi Mokcik tak boleh naik flight dah bila perut dah makin besar. So we grab this opportunity. 


Why we and I believe every couple needs vacation atleast once a year too?


✅ Kita dah all out kerja and its time for break. Reward ourself

✅ Kerja, we handle ssooo many people. Balik rumah pun anak ramai. Therefore kami tak ada so much quality time. And we promise each other kami kene atleast twice a year take personal vacation untuk rilex take a deep breath

✅ Penting untuk dapat mood and momentum baru

✅ Waktu bercuti kami tak buat apa. Selalunya jadual percutian tak pack. Santai, enjoy the air, enjoy the food and learning. Rasa nak tidur, tidur. Rasa nak makan, makan. Rasa nak jalan baru jalan. Tidaklah rushing ke sana kesini untuk visit banyak tempat. 

✅ Perbaiki hubungan. We were too busy with life schedule. So penting untuk kita perbaiki hubungan. Tidak lahhh kauu bengkekkk je tengok laki kau, laki kau menyampahhh je tengok kauu 😅

✅ paling penting‼️ give the best. The best tu ikut kapasiti sendiri. Dulu waktu kami tidaklah mewah, kami masih beri the best ikut kapasiti kami ketika itu. And bila kapasiti kewangan meningkat, we try to give the best for us and also orang lain juga. Allah beri nikmat untuk kau nikmati


So, hargai siapa, apa disekeliling kauu selagi kau mampu. Give the best. Work hard now so that you can play big later


Balik bercuti kerja la kuat balik! Jangan kau dah korek tak pandai kambus. Atau korekkkk je manjang sampai orang lain yang kena kambus untuk kau. Ku lempangggg satgi 🙄

Tuesday, 5 October 2021

RAIKAN PELUANG YANG ADA

 


Semalam genap 14 days. Kerajaan kata "kau boleh pergi Langkawi lepas 14 hari vaksin"


Jadi kita sambut 💪 


Nak elak cramp kami decide to go by private. Beri yang terbaik untuk diri sendiri disaat kau ada pilihan untuk buat yang terbaik di dunia ni


Helloooo Langkawi


Bismillah 😊

Monday, 4 October 2021

NO PAIN NO GAIN

 


Hari ni ke Bahau, tengok working space baru. Gigih sisturr drive sorang2 sejam lebih kalau ngantuk buka radio kuat2, terjerit la kauu menyanyi sesorang 


So, it is not about ofis baru but it is about the guy next to me! Abang kawasan Pilah-Bahau-Serting. Super proud of you Radzif. 


Dia 

✅ Bukan belajar tinggi pun

✅ Anak kampung je

✅ Memang kerja kuat

✅ Good friend, good follower, good leader

✅ Dulu sangat susah, sekarang T20 Malaysia



Dulu duit syiling dalam kete aku pun licin kau tarahkan.. 


tiap kali makan, "cah, cah, ko amik nasi cam biasa" "yoooo jib" sampai kat meja, 3/4 nasi aku dia balun. Tiap kaliiiii weii camtu sampai sekarang! Tukang perabih makanan Hacikk 


If u ask me what makes him so success today? - Dia willing kerja keras & tak banyak alasan 


And, that is key to success. No pain no gain 


Ramaaaiii, sangat ramai orang nak berjaya, tapi alasan pun sama naik. Dan selalunya depa ni spesis sembang kencang cerita terbang ke langit ke 7, patah balik diving pulak ke lapisan ke 7 bumi.. haaa begitu sekali 


Kalau korang jumpa spesis ni, cakap "HANG JUARAAA. TAK ADA MAKHLUK YANG LAGI JUARA DARI HANG"

Saturday, 2 October 2021

YAKIN SAHAJA

 






Saat kita melibatkan Allah dalam urusan kita, maka tiada apa yang mustahil 


Assalamualaikum. Happy Sunday ❤️ 


Alahaiiii rindunyaaa private vacay

Bangun lambat, mandi lambat, read books, dengar Westlife, good food, good air, 🤤🤤

REWARD FOR KIDS FOR HELPING ME AND BE GOOD  Kadang-kadang, bila anak banyak membantu and behave, Mokcik akan beli hadiah, balut dan beri kad...