Wednesday, 29 September 2021

KENAPA KERJAYA COWAY PILIHANKU




Me & husband ada buat beberapa bussines yang lain. Boleh juga untung 6 figure monthly even we know we can go more kalau betul focus sebab kegilaan kami dalam berniaga. Namun after a while and muhasabah yang mendalam, we decide to focus sepenuhnya pada Coway. 


Kenapa? What makes us sooo into Coway 


1. COWAY MEMBENTUK AKIDAH KU 


Handling different background of customers and mereka dibawah pimpinanku mengajar banyak perkara. Sabar-bukan sabar yang biasa namun sabar yang tahap tinggi, do not judge, tenang, bersyukur dan lebih menghargai. Takut untuk membuat salah sebab karma selalunya tak jadi dengan ringan, ia kan berlaku belipat ganda lebih berat. Jadi Mokcik memilih untuk benar2 menjaga karma masa depanku. Tak senang berhadapan pelbagai thinking, background & perangai manusia. Betul-betul tak mudah. 


2. COWAY - AKU BERPELUANG BANTU PELBAGAI GOLONGAN DAN RAMAI, UNLIMITED 


Ini paling utama. Contohnya, Previously I owned few branches of Spa. Sangat profitable the moment we manage ourself. Kos bulanan tak tinggi sangat. Namun, kepuasan bukan disitu walaupun we make money. 


Kami ada 6 branches. Each branch katalah ada 5 therapist. Takkan nak ambil sampai 50 therapist 1 branch kan. And seorang therapist takkan nak bagi gaji sampai 5 angka kan. Paling-paling RM3000. 


So I have limitation berapa orang/family yang aku boleh bantu. Pun "bantu untuk lepas hidup" 


Different in Coway, I can help limitless number of people. And bukan sahaja bantu untuk lepas hidup, malah ubah hidup mereka to be much better infact kepada kehidupan mewah 


Pelbagai background, yang tak berpendidikan, mat rempit, suri rumah, ibu tunggal, mereka yang berpendidikan tinggi, professional people sehingga lah ke bekas banduan dan orang OKU yang diluar sana tak ada yang nak terima mereka bekerja. 


Siapa yang nak terima mereka yang lumpuh bekerja? Namun bagiku selagi kau boleh gerakkan sedikit jari untuk touch handphone yang canggih zaman laaaa ni, aku boleh tolong ko generate income. InsyaAllah 


Kami ada bekas Pilot yang lumpuh akibat kemalangan, dah give up dalam hidup dan selalu marah2 dan menyalahkan takdir. Aku jumpa dan aku kata "bang, kalau abang masih boleh gerakkan jari, abang bukan je boleh cari duit suap diri sendiri makan, abang pun boleh suap orang lain makan" 


Kini, dia boleh earn good income and benar2 suap orang lain makan hanya dengan jari telunjuk boleh gerak dekat smart phone. Apa lagi yang aku nak cari selain bahagia ini? 


Bekas banduan. Siapa nak terima? Cleaner, siapa rasa mereka ada peluang boleh ubah hidup and beli rumah & kereta? 


Asalkan kau 

• boleh belajar

• boleh diajar

• boleh ditegur

• trust me 


... kau boleh ikut aku. Gaji kau tentukan. Pun bukan aku bayar gaji kau, Coway bayar. Aku hanya beri tunjuk ajar 


3. COWAY - BUAT AKU KENAL CARA MANUSIA MENILAI 


Awak kerja apa?

"Sales girl" 


Kau terus akan dipandang rendah. 


Kalau tanya awak kerja apa?

"Engineer, peguam, doktor" 


Terbeliak mata makcik2 


Dulu aku kisaaaaahhhh sangggaaaattt! 


Sekarang. Lantak kau! 


"Multilevel ni" - alahaii, Acik nak tanya, apa kerja dalam dunia ni, lagi tinggi pangkat lagi sikit income? Ade ke? Kalau ade meh habaq maiii sikit. Plus, apa kerja yang tak ada majikan, manager dan pekerja? Tu bukan multilevel ke? Sama lah Coway pun. 


I love to declare myself as salesgirl. From there aku belajar hati manusia 


● 


So.. kalau tanya, best ke kerja Coway? 

Ini perancangan Allah tetapkan untukku buat masa ini dan aku sangat bersyukur. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

REWARD FOR KIDS FOR HELPING ME AND BE GOOD  Kadang-kadang, bila anak banyak membantu and behave, Mokcik akan beli hadiah, balut dan beri kad...